



LATAR BELAKANG
MACS Design & Printing
MACS Design & Printing ditubuhkan hasil daripada Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Mega 5.0 anjuran SME Corp Malaysia.
Merupakan syarikat sepenuhnya milik bumiputera, kami mula bertapak didalam industri kreatif ini dengan azam dan sokongan padu yang begitu besar dan luar biasa dari semua agensi yang terlibat dalam memastikan program keusahawan untuk golongan belia ini berjaya.
Berbekalkan modul keusahawanan yang diterapkan, syarikat yakin untuk melangkah dengan lebih kukuh dan bakal menjadi tunjang kepada industri kreatif negara. Selain itu, syarikat juga akan memastikan etika dan nilai-nilai murni keusahawanan diterapkan agar dapat memberikan manfaat kepada orang ramai sekaligus menjadi pemangkin kepada keutuhan ekonomi Malaysia.